Friday, March 11, 2011

Program bulan Mac


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SELANGOR 1432H / 2011 M











15 FEBRUARI, SHAH ALAM- CCM Duopharma melalui persatuan Surau dan Hal Ehwal Kebajikan Islam (SHEKI) telah menyertai perarakan Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Selangor yang bertempat di Stadium Melawati Seksyen 13, Shah Alam. Majlis telah dihadiri dan disempurnakan oleh Menteri Besar dan Sultan Selangor .Kontigen diketuai oleh En Zaini Bin Said diiringi seramai 25 staf lelaki dan 20 staf wanita. Perarakan disertai sebanyak110 kontigen. Kategori yang terlibat termasuk Jabatan Kerajaan ,Badan Berkanun swasta, IPTA/S ,Masjid & NGO serta Sekolah-Sekolah di dalam Negeri Selangor. Perarakan bermula seawal 8.30 pagi dari Stadium Mini Shah alam ke Stadium Melawati Shah alam dengan jarak perarakan 1.6 km. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim disamping memupuk semangat kerjasama yang erat antara peserta.








Friday, February 11, 2011

Perarakan Maulidur Rasul


Seperti yang tertera diatas, program akan berlangsung pada 15 Februari si Stadium Melawati Shah Alam. Persiapan telah dibuat, ahli committee seperti Suhariyanty, Hilmi dan Faezah bersungguh-bersungguh menjalankan tugas.Terima kasih diucapkan kepada semua...
Berbagai-bagai masalah berlaku seperti pemilihan baju, persetujuan daripada pengurusan dan lain-lain namun ia telah diselesaikan secara demokrasi terpimpin...terbaikterbaikterbaik...
Diharap program ini akan berjalan lancar seperti yang dikehendaki. Sambutan daripada staf juga sangat menggalakkan walaupun ianya tidak diwarwarkan lagi. Ramai juga tidak dapat menyertai kerana had peserta adalah 45 orang. Maafkan kami...
Diharap juga program ini kan berterusan pada tahun depan..mudah-mudahan.Insya Allah...