Monday, January 24, 2011

Program bulan Januari


Salam,

Persiapan telah dirancang sejak minggu lepas.Kehadiran staf-staf amat dialu-alukan..Barang-barang yang perlu dibeli juga telah disiapkan. Kordinator pada bulan ini adalah Encik Azhar dan Syairani..Peralatan seprti penyangkut tudung, selipar, sabun, jam dan sebagainya diharap dapat membantu staf muslim untuk beribadah dengan selesa..

Sunday, January 23, 2011

Kalendar 2011


Salam,

Setelah perbincangan dilakukan pada 18 Januari, committee bersetuju dengan cadangan perlaksanaan program setiap bulan. Diharap semua program yang dijalankan berjalan lancar dan diberkati Allah..Persetujuan juga telah dicapai dimana setiap program mempunyai kordinator masing-masing..

January(Gotong royong)
Azhar
Syairani
February(Sambutan Maulidur Rasul)
Suhariyanty
Hilmi
March(Ceramah Kekeluargaan)
Halim
Esnita
April(Pertandingan Nasyid)
Zulfahmi
Murni
May(Program pengurusan jenazah)
Zaini
Esnita
Thifla
June(Gotong royong dan lawatan ke pusat islam)
Maslina
Azhar
RidzuanJuly(Minggu Halal)
Syairani
Faezah
August(Iftar & Pembayaran Zakat Fitrah)
Idzwan
Nurhariati
September(Jamuan Hari Raya)
Suhariyanty
Halim
October(Bacaan Yasin & informasi (kursus pra perkahwinan)
Fahmi
Faezah
November(Program Qurban)
Zaini
Thifla
Hilmi
December(Sambutan Awal Muharam)
Ridzuan
Murni

Friday, January 21, 2011

Sejarah Penubuhan SHEKI(Surau & Hal Ehwal Kebajikan Islam)


Assalamualaikum,


Sejarah penubuhan SHEKI atau Surau & Hal Ehwal Kebajikan Islam hasil daripada Halal Committee Meeting pada 10 Februari 2010 di mana setiap CCM division atau subsidiari perlu mempunyai persatuan sendiri.Dengan petunjuk yang ada daripada pihak pengurusan satu perbincangan kecil telah diadakan untuk memilih ahli-ahli yang boleh membantu untuk merencanakan persatuan ini.


Dengan titik tolak tersebut, SHEKI ditubuhkan dan nama tersebut adalah hasil ilham En. Ibrahim selaku penasihat dan beliau telah memilih En. Zaini untuk menjadi pengerusi.

Objektif Penubuhan

  • Menerapkan nilai-nilai keislaman kepada semua kakitangan CCM DUOPHARMA yang beragama Islam.
  • Menjadikan fungsi surau sebagai satu platform kepada aktiviti-aktiviti berbentuk ilmiah, pembentukan ummah dan program-program keagamaan.
  • Merapatkan silaturrahim di kalangan kakitangan CCMD khasnya yang beragama Islam
Dengan tertubuhnya SHEKI, satu mesyuarat pertama telah diadakan pada 25 Februari dimana ahli-ahli telah diberikan tugas-tugas seperti Hal Ehwal & Kebajikan, Dakwah & Penerangan , Tugas-Tugas Khas dan Keceriaan Surau.Disamping itu program-program telah dicadang setiap bulan seperti ceramah, gotong royong surau, bacaan ya'sin dan sebagainya.

Tugas-tugas:
  • Hal Ehwal & Kebajikan: -
    Untuk mendapatkan dana dan sumbangan untuk menyokong kegiatan tahunan. Untuk membuat fungsi sosial dalam rujukan untuk amal kakitangan Muslim
  • Dakwah & Penerangan: -
    Untuk menanamkan dan meningkatkan nilai-nilai Islam di antara rakan-rakan Muslim di tempat kerja
  • Tugas-Tugas Khas: -
    Untuk membantu dalam setiap program dijalankan
  • Keceriaan surau: -
    Untuk memastikan kebersihan dan kecantikan surau